Monday, March 25, 2019

Senarai Bahan Raw Yang Diperlukan Untuk Buat EJuice


 Bahan-bahan untuk menghasilkan ejuice adalah seperti berikut:-

1. Vegetable Glycerin atau VG (Untuk menghasilkan asap, vapor atau wap ejuice) mempunyai rasa yang manis dan likat tetapi tidak menghasilkan rasa manis bila di vape.
2. Propylene glycol atau PG (Untuk mengikat perisa atau pati flavor  ejuice) agak cair tetapi sedikit likat daripada air dan tidak mempunyai sebarang rasa.

Untuk VG dan PG ini terdapat nisbah yang biasanya digunapakai untuk menghasilkan ejuice yang tertentu seperti PG70:VG30, VG60:PG40 dan sebagainya. Nisbah atau ratio yang paling popular yang sering digunapakai ialah PG50:VG50 kerana keseimbangan dalam mendapatkan hasil rasa ejuice dan juga vapor.
Berikut adalah contoh gambar PG dan VG 
 Vegetable Glycerin

 Propylene Glycol

3. Concentrated flavor, pati flavor atau pati perisa (Untuk mendapatkan rasa yang dikehendaki) terdiri dari beberapa kategori yang umum diketahui seperti perisa buah buahan, creamy, mint, tobacco, minuman, bunga bungaan dan lain lain lagi. Contoh pati flavor seperti dalam gambar di bawah:-




4. Flavorings atau penambah perisa seperti Pemanis (Sweetener), Penyejuk (Cooler) dan juga Creamer.
 Sweetener, Cooler & Creamer

  5. Perlu ada nikotin. Terdapat 2 jenis nikotin iaitu Freebase dan Saltnic. Saltnic biasanya digunakan untuk pod manakala Freebase boleh digunakan untuk pod dan juga sub ohm vape tank. Saltnic adalah tinggi nikotin dengan rasa yang lembut manakala Freebase pula nikotin rendah tetapi agak keras dan kasar throat hitnya. Untuk menghasilkan ejuice di rumah cukuplah dengan hanya menggunakan Unflavored atau Flavorless Ejuice yang mana ejuice tersebut tidak mempunyai rasa dan hanya perlu anda tambahkan perisa kesukaan anda sahaja. Contoh Unflavored atau Flavorless Ejuice adalah seperti dalam gambar di bawah. Juga terdapat yang sudah ditambah dengan pemanis stevia, cooler atau keduanya sekali.
 Freebase 3mg

 Freebase 6mg Freebase 12mg

 Saltnic 35mg

 Saltnic 50mg
6. Botol kosong untuk mengisi ejuice juga diperlukan dan seelok eloknya gunakan botol khas untuk ejuice dimana botol itu mempunyai ciri ciri 'child proof cap lock' agar tidak boleh dibuka oleh kanak kanak dan juga mempunyai tip cap bermuncung bagi memudahkan isian ejuice ke dalam tank.
 Botol 20ml

 Botol 10ml

 Botol 30ml
7. Akhir sekali syringe atau penyukat diperlukan untuk menyukat. Untuk anda yang sekadar menghasilkan jumlah yang kecil cukup sekadar menggunakan syringe 10ml seperti gambar di bawah.
 Syringe 10ml
Kesemua bahan bahan di atas boleh anda dapatkan di:-
https://www.shopee.com.my/everestedrop
https://www.shopee.com.my/everestedrop
https://www.shopee.com.my/everestedrop

atau klik di SINI >>> Bahan-bahan Raw Ejuice 

6 comments:

Cara mudah buat ejuice saltnic dan freebase

Sila dapatkan bahan bahan untuk buat ejuice klik di SINI atau kunjungi:- https://www.shopee.com.my/everestedrop Untuk buat 10ml ejuice b...